BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sabtu, 23 April 2011

KENAPA AKU PAKAI BRACES DAN PERKARA YANG KORANG PERLU TAU TENTANG BRACES!!!

                                                                 Assalamualaikum

Hari nie aku nak bercerita pasal ''BRACES''. Aku nak share kan pengalaman aku tentang kehidupan seorang gadis bergigi besi. Soalan yang selalu ditanya dan soalan yang lebih lebih kurang sama la maksudnya . ''Sakit tak pakai braces? Buat dekat mana? Berapa harganya ? Kena cabut gigi tak? Orang Malaysia kita nie ada satu fobia iaitu fobia pergi klinik gigi atau jumpa dentist. Ok lupakan pasal tue semua.

Pengalaman yang aku nak berkongsi semua nie tak boleh dijual beli tau. Selalunya kalau pakai braces nie paling lama pun 2 atau 3 tahun bergantung la pada keadaan gigi tue. Aku dah pakai braces sejak dari form 5 lagi smpai la sekarang. Insyallah tak lama lagi aku akan tanggalkn braces nie setelah bertahun-tahun memakainya. Sebelum aku pakai braces nie gigi aku memang terukla macam gigi rabbit. Gigi dua ke depan yang lain dekat belakang , cuba korang bayangkan ? dapat tak bayangkan? haha , memang kelakarla gigi aku nak senyum dekat orang pun mesti nak cover-cover sikit nanti nampak la gigi aku yang tak teratur nie..

Kalau aku kata tak sakit nampak sangatla penipunya. Sakit oiii tak terkata , bila korang dah pakai tau la macam mana rasanya. Tapi mula-mula je sakit lepas tue dah ok sikit. Korang akan sakit bila pakai :

''SEPARATOR'' separator nie adalah penjarak gigi. Orthodontic akan letak separator kat in between gigi geraham korang yang kuat tue supaya gigi korang jarak-jarak sikit. Separator ni dipakai before orthodontic fix braces kat gigi korang. Kiranya rasa sakit tu sekali je. Tahap kesakitan adalah melampau sampai tak boleh nak makan apa-apa. Sakit dia lebih kurang seminggula bergantung la dekat seseorang tue.

''ULSER'' ulser atau yang korang selalu panggil MATA IKAN atau BIBIR PECAH akan mula menumbuhi mulut korang , lidah dan semua kawasan yang terdapat dalam mulut la. Aku memang banyak kali la kena ulser nie pernah sekali 4 ulser la yang paling banyak kena lepas tue besar-besar lak tue. Perit dia jangan cakapla rasa nak toreh-toreh pakai pisau je buangkan satu-satu. Kalau nak dibandingkan dengan memakai ''separator'' rasa sakit tue ada rasa sakit yang tersendirila tapi semua sakit mana ada yang tak sakit. Normal la tue. KENAPA ADA ULSER? soalan yang bagus. Sebab  braces tue adalah besi yang di anggap foreign matter oleh  mulut. Lagi satu , mulut menghadapi masalah adaptation yang menyebabkan brackett braces berlanggar-langgar dengan anatomy mulut anda. Kesakitan  1 minggu atau lebih bergantung kepada mulut korang untuk bertahan.


''SETIAP KALI FOLLOW UP SEBAB WIRE TERLALU KETAT'' kesakitan ini akan datang menghampiri anda setiap kali anda pergi balik dari follow up (sebulan sekali atau 3 bulan sekali) Orthodontic akan ketatkan wire supaya gigi anda rapat. Kesakitan bergantung kepada berapa ketat orthodontic tue dibuat. Rasa sakit dia macam gigi tue semua nak tercabut. Kesakitan dia dalam 2 atau 3 hari.


''SAKIT SEBAB CABUT GIGI'' yang nie mesti ramai cuak , haha .. Cabut gigi memangla sakit sebab gigi kita nie cekal , sihat dan kuat. Ala apa la sangat nak dibandingkan cabut sebatang dua je gigi. Nie semua bergantung kepada kecekalan semangat kita semua jangan fikirkan negatif sangat , asyik fikir ''sakitx20''. Cuba la fikir aku mesti cabut gigi nie sebab nak gigi aku cantik teratur. Fikir positif mesti bolehnya. Ok bagus kalau boleh fikir macam tue. 30 minit sebelum korang cabut gigi, telan pain killer da jangan tengok jarum. Yang penting, tabah !!!


''HARGA BUAT BRACES'' yang aku tau harga dia lebih kurang 3ribu lebih la sampai ke 5ribu. Follow up pulak every month ,  rm100-rm200 setiap kali pergi. Tapi dia depends jugak dekat orthodontic nak ganti apa , wire/ brackett/ band etc. Kalau korang nak murah buat dekat klinik kerajaan la tapi kena daftar dari zaman sekolah dulu , korang kena tunggu giliran la nak pakai , kalau mak atau ayah korang salah sorang kerja KERAJAAN free la korang pakai braces. Kalau dah habis sekolah korang nak juga pakai braces dekat klinik kerajaan tak silap aku kena bayar rm700 je.  Tapi diaorang fokus more on budak sekolah la.


''SUSAH TAK NAK JAGA BILA PAKAI BRACES'' takde la susah sangat yang macam korang fikirkan cuma penting untuk menjaga kebersihan gigi. Sebab pakai braces, jadi aku pakai 2 jenis tooth brush , 1 yang khas untuk braces (boleh cari dekat guardian /watson) dan 1 lagi interdental. Sebab pakai braces, makanan senang terlekat kat brackett, so it is advisable untuk beli interdental toothbrush supaya senang nak remove plaque. Aku kalau gosok gigi lama kot. 10 minit jugaklah ambik masa.



''SEGAN TAK PAKAI BRACES'' bangga giler kot , hahaha.. buat apa nak segan dulu masa mula-mula pakai rasa pelik je macam rasa macam mana la rupa aku pakai braces nie? hodoh ke? tapi tak la ok je . semua orang kalau pakai pun ok je aku rasa tak payahla korang risau muka korang macam mana bila pakai braces tue nanti. The thing is, bila korang pakai braces , orang akan pandang korang like korang nie macam alien. Korang kena cekal dan build up your confidence level. Diaorang pandang tue bukan sebab korang nampak bodoh , hodoh atau buruk. Tapi its just that, braces tu jarang orang pakai dan people tend to stare & menghayati keunikan braces itself  !!!

Nie je pengalaman yang aku boleh share kan untuk korang. Harap dapat membantu korang sedikit sebanyak. Anyway, bagi aku pakai braces takde lah teruk mana pun. Takde lah sakit sangat. Sakit sekejap je lepas tue ok dah. Macam sekarang nie, memang aku dah tak rasa sakit langsung. Ulser pon dah lama takde. Mungkin 6 bulan yang pertama je kot rasa uncomfortable lepas tu korang rasa selesa sampai rasa sayang nak bukak!!! So pada sapa yang nak berbraces tu, sila teruskan niat anda!!! Akhir kata, yang baik datang dari Allah & yang buruk itu datang dari saya sendri. Bye2.. 










 

1 ulasan:

odelettegagas berkata...

Betsson Casino Review | Bonuses & Promotions 2021
All you need to know about Betsson Casino 슬롯 Review ✓ Deposit 토토 랜드 같은 and 사설토토 withdraw with Bitcoin ✓ Payment methods, ibet789 sports betting asian handicap withdrawal methods, Live casino 7 포커 games & much more.