BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Ahad, 19 Disember 2010

19/12/2010... ''Senyum Dulu Sebelum Baca''

 Cuaca sekarang niey memang tak menentu. Ada masanya panas berpanjangan , ada ketikanya di saat suhu panas menyelubungi tiba-tiba saja hujan datang menyerbu. Cuaca memang sukar untuk diramalkan secara tepat biar pun menggunakan teknologi secanggih mana pun.


  Hurm... msty ada yang tertanya , mengapa  berkaitan dengan cuaca? Ala takde apa pun lah. Saja nak peka pasal cuaca? Ala takde apa pun lah. Memanglah masa suhu tengah panas , ramai yang mengharapkan hujan turun dan bakal menyejukkan suasana. Saya pun begitu tetapi sangat berharap hujan tidaklah turun dengan lebat hingga mengakibatkan bencana alam seperti banjir yang berlaku di utara dan pantai timur Semenanjung. Apa pun siapalah kita untuk menidakkan takdir dan kebesaran IIlahi..


  Okeyh , lupakan sejenak megenai cuaca yang tak menentu . Saya hendak bercerita mengenai diri saya. Saya adalah penulis baru di blog niey. Nama saya Siti Nur Athirah Bt Amrus. Tinggal di Jelebu , Negeri Sembilan. Belajar di Politeknik Johor Bahru , Pasir Gudang. Tujuan saya menulis di blog ini adalah untuk berkongsi cerita suka dan duka dengan anda semua.


 Saya harap anda semua memberi peluang kepada saya dan tunjuk ajar kerana saya masih hijau lagi dalam dunia blog niey. Cukup sampai di sini untuk hari ini , bertemu lagi ..