10 mac 2012... Dah lama sangat aku tak jenguk blog yang tersayang nie... Macam2 aku nak luahkan dan ceritakan.. Banyak sangat perkara yang berlaku , kadang2 di luar kawalan aku. First perkara yang sangat2 besar berlaku ialah rumah aku kena pecah masuk , hujung bulan satu hari tue. Alhmdulilah nasib baik parents aku x di apa2 kan.. Bersyukur sangat2.. Yang paling penting nyawa ayah dengan mak aku selamat.. wang ringgit tak penting , boleh cari lagi....
Perompak yang pecah masuk tue pun , pihak polis dah berjaya tangkap dalam masa seminggu.. alhamdulilah berkat kecekapan pihak polis akhirnya perompak tue berjaya ditumpaskan. Selepas kejadian tue pun pihak polis rajin meronda2 kawasan rumah aku , setiap hari diaorang ronda.. So aku dengan kakak aku xde la risau sangat kalau mak aku duduk sorang2 dkat rumah tue.. Ayah aku kerja selalu balik lewat malam , kerja banyak sangat.. Kesian aku tengok ayah aku , ayah aku x byak msa dengan keluarga , sbuk dengan urusan kerja.. Sabtu dan ahad pun kerja.. So kterorang adik-beradik dah pham situasi tue..
Banyak sangat benda yang aku nak kongsikan tapi xterluah.. Aku rasa blur... haha.. Dah lama sangat xberblog kan.. Aku rasa serabut sekarang , dengan assignmentnya lagi yang berlambak tunggu aku nak kena buat je lagi... lately nie aku x beberapa selera nak mkan , entahla maybe aku banyak sangat berpikir kot tue yang jadi cmtue.. lepas tue aku mudah sensitif xtau la pasal apa aku nak touching sangat , psal bnda2 kecik skali pun.. T_T... aku pun buntu... pasai apa jadi cmnie??
ok.la berhenti sampai di sini.. nanti klau aku rajin , aku update lagi ok.. k,babai u all... ^_^
Sabtu, 10 Mac 2012
Salam... lama sgt dah update blog.. ^,^
Isnin, 23 Mei 2011
>,< (*_*)
Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia
Dah lama tak menjenguk blog kesayangan nie. Lately nie aku macam takde mood sangat , tak tau pasal apa!! asyik nak moody jer. Salah sikit orang cakap atau salah sikit orang buat salah aku rasa angin satu badan. Cepat nak melenting. Hurmm.... kejap ok kejap tak ok mood aku nie. Ok abaikan jer la perasaan aku nie. Banyak sangat benda yang aku fikir tue jadi macam tue agaknya. Sekarang nie aku tengah cuti sem 2 bulan lebih. Tak tau nak buat apa?? . Aku duduk dekat rumah jer menggemukkan badan . hehe ^_^.. Bulan 7 nie aku dah start practical dekat ''Seremban''. Fuhhh!!!! mesti letih giler kalau dah start kerja nanti. Macam mana la agaknya suasana dekat tempat kerja tue nanti.. Dapat ke aku menyesuaikan diri nanti? macam mana penerimaan orang-orang dekat tempat kerja tue nanti? pening aku fikirkan kan.. Tak pe lah yang penting aku buat kerja aku dan tak kacau orang lain.
Ok.la kali nie aku post entry pendek jer. Nanti kalau dah dapat ilham , aku post lagi k. Jaga diri.. bye =p
Sabtu, 23 April 2011
KENAPA AKU PAKAI BRACES DAN PERKARA YANG KORANG PERLU TAU TENTANG BRACES!!!
Khamis, 21 April 2011
Stress!!!!
Salam korang semua....
~ Dh lma xberblog nie.. korg sehat??? ... hm.. kali nie aq nk cter pasal ape yg berlaku kat dri aq ari nie , 21/4/2011 fuh!!! ari nie aq jwb paper yg kedua'' H3022 Operation Restaurant'' agk ssh gak ar. soaln objektif diew ssh , sng lagi soaln esei diew.. Rsanya xckp msa aq nk jwb suma soaln2 tue.. Atoiii tawakal je la aq dah buat sebaik yg mgkin..
~ Sebelum nak pergi menjwb peperiksaan tue , adala 1 kejadian nie berlaku , mmg cuak gler2 rsa nk terkeluar jantung nie. Kebetulan erotax motor aq dh mati xde msa nk pergi renew sibuk sgt dgn final exam.. Tgh sedap2 bwak motor nie tiba-tiba ada polis lak kat depan tgh tue buat sekatan , dlm hati mampus ar mcm nie kena saman nie hadoiii xpsal2 , nak pusing dh xbleh dh terlambat mcm mna nie nk buat.. dgn selambanya lalu jgak la lps tue buat muka cam biasa mcm xde pape padhal rsa gelabah gler kot .. sampai je dekat polis tue , die xtahan angkat tangan sruh pergi je... mcm tau2 je erotax aq dah mati. fuhh , nasib baik selamatla kali nie aq.. klau tdak slalu ada polis buat sekatan mmg wajib ar aq kena tahan cek ic , lesen suma.. serik aq dibuatnya.. trm kshla kat abg POLIS sbb xtahan aq , lps tue muda2 lagi tau.. hehehehe... k.la tue je aq nk cter ari nie.. bye2... ;)
Ahad, 19 Disember 2010
19/12/2010... ''Senyum Dulu Sebelum Baca''
Cuaca sekarang niey memang tak menentu. Ada masanya panas berpanjangan , ada ketikanya di saat suhu panas menyelubungi tiba-tiba saja hujan datang menyerbu. Cuaca memang sukar untuk diramalkan secara tepat biar pun menggunakan teknologi secanggih mana pun.
Hurm... msty ada yang tertanya , mengapa berkaitan dengan cuaca? Ala takde apa pun lah. Saja nak peka pasal cuaca? Ala takde apa pun lah. Memanglah masa suhu tengah panas , ramai yang mengharapkan hujan turun dan bakal menyejukkan suasana. Saya pun begitu tetapi sangat berharap hujan tidaklah turun dengan lebat hingga mengakibatkan bencana alam seperti banjir yang berlaku di utara dan pantai timur Semenanjung. Apa pun siapalah kita untuk menidakkan takdir dan kebesaran IIlahi..
Okeyh , lupakan sejenak megenai cuaca yang tak menentu . Saya hendak bercerita mengenai diri saya. Saya adalah penulis baru di blog niey. Nama saya Siti Nur Athirah Bt Amrus. Tinggal di Jelebu , Negeri Sembilan. Belajar di Politeknik Johor Bahru , Pasir Gudang. Tujuan saya menulis di blog ini adalah untuk berkongsi cerita suka dan duka dengan anda semua.
Saya harap anda semua memberi peluang kepada saya dan tunjuk ajar kerana saya masih hijau lagi dalam dunia blog niey. Cukup sampai di sini untuk hari ini , bertemu lagi ..